Friday, November 22, 2013

Ammar

terbaca kisahnyaa ammar.
sebak, respect, kerdil sungguh rasanya diri.
terlalu banyak dosa dalam hati.

bagusnya dia
diusia muda, sudah ada sejarahnyaa
aku yang lagi tua darinyaa
masih keliru mana arah hidup nak tuju

bertuah kedua ibubapanyaa
punya anak terlalu indah pekertinyaa

sungguh, ammar contoh terbaik untuk semua
tambah untuk kita yang masih diusia yang sama
bertapa dia punya matlamat yang nyata
tapi kita?

bukan kita, tapi aku
peringatan yang aku highlightkan untuk diri sendiri
moga dengan kisahnya ammar
akan membuat hati ini lebih mahu menuju yang hakiki

Ya Allah,, bantulah aku, bimbinglah aku
menjadi seorang muslimat sejati

sungguh aku mahu
mahu sangat menjadi
anak yang dapat membahagiakan ibubapaku di akhirat nanti

Monday, November 18, 2013

Perempuan Besi



apa dia tadi?

boyfriend lari?
girlfriend cari jantan lain?
member tak bayar hutang?
adik-beradik busuk hati?
kerja banyak due?
bestfriend ada bestfriend baru?
tak dapat pergi starbucks semalam?

ok.
kesian awak.

tapi kan..
kalau perempuan2 besi ini mampu berdiri megah--
macammana kita boleh biar kita rebah?

entahlah.
kadang2 aku rasa kita ni MAIN CAKAP je bosan dengan hidup, malas nak bangkit, penat nak tempuh--
sebab CUBA kau gi klinik pastu doktor cakap kau ada sebulan untuk hidup--

aku jamin--
kau hidup terpaling hidup.

kadang2--
kita ni main cakap je.
sebab kita nak RASA diperlukan--
dan nak DENGAR orang cakap kita ini mereka mahukan.

*sengih geleng kepala*

aku tau.
aku dulu--
macam tu.

ubatnya?
hasbi rabbi jallallah.

dan petua orang tua2--
kawen.
:)                                        

                                                 ----fynn jamal


p/s: hidup kita, kita yang pilih nak jalan mana. 
dan aku tau, selagi aku bernyawa, aku cuma nak bahagia. 
dan bahagia itu, hanya aku yang tau bagaimana rasanyaa..:')

untuk manusia2x yang hanya tau memburukkan orang saja,
mohon jauh dari hidup aku yg serba xkena.
aku xhidup nak puaskan hati sesiapa.
aku xhidup nak hadap apa kau sangka.

apa yang penting,, aku bahagia!
bahagia yang aku saja tau bagaimana rasanyaa.. :')


Sunday, November 10, 2013

10 November 2013

happy birthday nuraini!
moga panjang umur, dimurahkan rezeki.

sudah cukup 22.
masih terlalu rindukan emak.
masih dan sentiasa masih.
andai hari ini apa saja permintaan aku boleh ditunaikan
1 yang ku pinta

dapat jumpa emak
kongsi semua suka dan duka
dari 14 dan sekarang sudah 8 tahun lamanya

terlalu banyak cerita
tapi satu yang akan ku beritahu padanya

betapa tiap kali tiap saat rasa nafas dunia
aku berharap emak turut ada bersama

aku rindu, rindu tahap gilaa
14 tahun terlalu singkat masa
yang diberikan untuk aku rasa kasih sayang darinya

emak, ayah,,
hari ni dah 22 tahun adik punyai nyawa
terima kasih lahirkan adik kedunia

tak mungkin adik dapat balas segala jasa
tapi adik cuba
untuk kesekelian kalinyaa
adik berjanji akan berusaha
jadi anak yang mak, ayah akan bangga

terima kasih emak
hanya Allah yang tau
betapa adik sgt rindu

InsyaAllah satu hari
kita akan berjumpa di alam yang lebih hakiki



p/s:
untuk tahun keduanya,
hari lahir aku seperti tiada makna,,
untuk tahun keduanya,
bukan dia insan pertama, aku berharap untuk sama2x kongsi rasa gembira.
memang aku begitu tidak bermakna,
untuk insan yang aku anggap ada rasa cinta.

tah2x awak xingat pun kan hari ini hari apa?
hanya saya,, tiap kali tiba awak punya hari bahagia,,
macam orang gila nak cari hadiah apa :')

Thursday, November 7, 2013

berubah

aku dapat rasa sebenarnya
dan aku sudah mula sedar
perubahan diri kau dari hari ke hari
sampai sekarang--4 tahun sudah

kalau dulu, ada saja kata2x manis kau hantar untuk ku baca
kalau dulu, kau sijiwang terbaik saat ulang tahun ikatan kita
kalau dulu, kau org pertama ucap selamat di hari lahir aku
dan kalau dulu, tiap malam ada saja konsert madah cinta kau perdengarkan untuk aku

tapi sekarang??
bukan aku hegeh meminta
cuma aku sudah terbiasa

kau kata, sebelum aku ungkit semuanya
cermin dulu perbuatan apa kulakukan selama hubungan kita
beribu kali maaf sudah aku luahkan
walau sebenarnya aku tau, maaf aku xkan memberi perubahan apa2x
tapi pada aku, kadangkala kau juga lakukan kesilapan yg sama

mengapa perlu dihukum aku sebegini rupa
sayang? tipu andai aku tidak katakan ya.
4tahun itu bukan sekejap masanya
aku tau kau juga rasa
cuma kadangkala aku keliru rasa apa kau ada sebenarnya
kerna kita sudah terlalu lama
maaf andai aku terlalu memikir yang negatif saja
kerna bagi aku itu yang terbaik dari aku kecewa di kemudiannya

sayang, andai ada jodoh antara kita
harapnya nanti kau berubah jadi seperti dulu
sumpah aku rindu

aku tau aku juga ada salahnya
terlalu banyak bukan?
terlalu tebal aku rasa kesal dihati
waktu dulu aku buat kau seperti tak dihargai

dan sekarang...
sampai bila kita harus begini

aku cuba dan cuba
buat seperti tiada apa
aku terima apa saja
asalkan aku dapat buat kau bahagia
kerna jauh disudut hati aku,
kuat mengatakan ada jodoh antara kita
ya, aku cuma seorang wanita
yang susah mahu melepaskan apa yg sudah tersedia
dan mungkin juga kerna aku sudah terbiasa

sayang, aku akan tetap menanti
moga satu hari nanti
kau berubah jadi diri sendiri
seperti yang dulu aku kenali

bimbinglah aku, ajarlah aku, tegurlah aku
andai itu dapat mengubah hubungan kita jadi yang sebaiknya
dan terus berkekalan selamanya.
 

bukti

kata kau,
sayang itu tak perlu buktikan
sebab kita selalu saja boleh rasakan
ia bukan dari perbuatan
tapi dari perasaan
jadi tak perlu tunjuk pada sekalian

ye sayang, aku faham
tapi aku kan cuma perempuan
yang ada kalanya mahukan perhatian

seronok juga bila dapat kongsi kebahagian. kan?