Wednesday, April 16, 2014

--pisau--

depan pandang senyuman manis kau
pusing belakang kau asah pisau
sampai masa pisau kau guna

tikam biar didada
biar jantungku terhenti
biar mati

biar dialam sana
baru ku tahu
pisau itu milik siapa

Monday, April 7, 2014

SILENT

diam aku kali ini
bukan kerana marah atau apa
cuma aku kecewa
kecewa kerna aku sedar aku bukan
bukan sepertimana yang aku harapkan kau rasa

cukup
diam aku kali ini
untuk memberi kau ruang
mungkin bahagia kau dengan insan lain
kerna aku mula sedar
kau selalu memilih mereka berbanding aku

tuhan, bantu aku
kuatkan hati aku
terlalu banyak dosa aku padamu
ampuni aku Ya Allah
bantu aku kembali ke jalanmu

aku terlalu penat mengharap cinta manusia
yang akhirnya hanya beri aku kecewa

untuk kau,
aku betul2x redha kali ini
aku dapat rasa
kau tidak sebahagia mana ketika kita bersama

dan mereka selalu saja menang berbanding aku
aku pasrah.