Sunday, August 14, 2011

MIGRAIN DATANG LAGI T_T

pernah dgr x ayat nih~ TORA DTG LAGI!!:)
teehee..tapi ni aku ubah sikit..migrain dtg lg..T_T
dah lame giler aku xkene migrain nih..last kene time skolah mnegah
bertahun2x dah haa

korang ade migrain x?
sakit en en?
rase macam nak pecah kepala jer an an?
dengan pandangan jadi kabur
sume bnde aku nmpak ade dua
plus with tekak loyanye an..
buat penat den bukak pose makan piza
sempat stay dalam perut 2 3 jam jer
dan selepas itu dengan flownye piza tersebut kluar balik..
haih..xsian btul kat aku piza nih..
aku merajuk xnak mkan kau dah wahai piza.
ngat aku heran ke kau tu sedap?wekk!!

dat nyte afta bkak pose kepala ni berdenyut sakit sgt.
tp ak buat2x laa cool jer an..
lame2x aku pndg sumtin pun jd kabur dah
tp nak cool nye pasal an..
aku ikut kaki org depan bile jalan
coz bile pndg sumtin kabur2x jer ak nmpak..
sib bek berjaya berjalan dgn coolnye 
sampai jer blok time nek tgga ak dah terhuyung hayang tah mane2x
sib bek xde org
kot org nmpak sure ngat ak mabuk ke per
aku sakit kepala lah..grrg!!
sampai jer bilik lega sgt rasa
kepala xyah cakap laa an
360 die buat aku pusing
segala macam yg ak makan td sume dah kluar..
ohh..pizaku..ahah..:D

lame pastu sib bek rumate ksygan dah balik
ak xbape nak sdar sgt dah dat tyme
yg ak tau diorg bwak g klinik n sampai pagi diorg jaga aku
sian diorg
sebab aku diorg xtido sampai pagi
jaga pg esok diorg tido atas lantai jer
aku dgn beznye tido bersama selimut n bntal2x diorg

sorry kawan2x..saya dah menyusahkan kalian
esp rumate kesygan,za
dengan aku siap mntah kat die dalam kete
sian die kne tahan dgn aku
huhu..sorry za
sorry linda
sorry wanie
tQ sgt2x ea..layanan korg mmg bez lah..
if camni hari2x sakit pun xpe..hehe:D

 aku sempat google cikit pasal migrain nih~

  Migraine ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala yang diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening. Ia juga kadangkala menimbulkan kesan kepada pandangan.

Migrain juga dikenali sebagai hemikrania, perkataan Greek yang membawa maksud sebelah tengkorak. Ia juga dikenali sebagai vascular headache. Sakit kepala yang berlaku berulang, berdenyut-denyut selalunya terjadi sebelah kepala sahaja. Ada juga yang bermula di sebelah kepala sahaja dan kemudiannya melarat kedua-dua belah kepala. Dalam kes yang teruk, migrain menyebabkan pening (nausea), muntah, cirit-birit, pengekalan cecair badan (retention of fluid) dan sensitif kepada bunyi dan cahaya.

Sintom-sintom
1. Biasanya pesakit mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan kepada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala
2. Kadang-kadang pesakit melihat sinar cahaya yang amat terang hingga tersa seperti hampir buta
3. Selalunya gejala (1) dan (2) akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti dengan sakit kepala yang amat sangat. Pesakit akan biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut denyut disebelah atau satu bahagia kepala sahaja.
4. Ini akan diikuti oleh muntah atau cirit-birit.

Pantang larang bagi penyakit ini.
Ini ada pantang larang yang  untuk pengidap penyakit ini antaranya  perut tak boleh  kosong, tidak boleh kurang ataupun terlebih tidur serta berjaga diwaktu malam, mengambil minuman yang mengandungi kafein dan mengambil makanan yang diletak perasa (pak aji). Tidak boleh terlalu memikir dan hendak marah, tidak boleh terdedah pada cuaca yang agak panas.  

okayy..sekian..T_T 


No comments:

Post a Comment